TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN TENIS MSSPP 2022

 TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN TENIS MSSPP

 

TARIKH : 13 JULAI 2022

HARI : RABU

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : AUDITORIUM SMK BERAPIT

TARIKH PERTANDINGAN : 25-28 JULAI 2022

TEMPAT : GELANGGANG TENIS USM, P.PINANG

 

 

KEJOHANAN TENIS MSSPP 2022

 

UNDANG - UNDANG DAN PERATURAN PERTANDINGAN MSSPP 2022

 

1. UNDANG - UNDANG

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang  Persekutuan Tenis Antarabangsa (ITF), Undang-undang Persatuan Lawn Tenis Malaysia dan Peraturan-peraturan AM MSSPP.


2. KATEGORI PERTANDINGAN

a) B12U ( PERSEORANGAN DAN BEREGU )

b) B15U ( PERSEORANGAN DAN BEREGU )

c) B18U  ( PERSEORANGAN DAN BEREGU )

d) G12U ( PERSEORANGAN DAN BEREGU )

e) G15U ( PERSEORANGAN DAN BEREGU )

f) G18U ( PERSEORANGAN DAN BEREGU )

 

3. PENDAFTARAN PEMAIN

i. Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 3 ORANG PEMAIN PERSEORANGAN DAN 1 PASANGAN BEREGU bagi SETIAP KATEGORI.

ii. Setiap pemain hanya dibenarkan mengambil bahagian dalam 1 acara sahaja. Pemain yang bermain dalam acara perseorangan TIDAK DIBENARKAN bermain dalam acara BEREGU dan begitu juga sebaliknya.

iii. Setiap pemain hanya dibenarkan bermain untuk 1 kategori umur sahaja.


4. SISTEM PERTANDINGAN (PERSEORANGAN DAN BEREGU)

 

i. Pertandingan dijalankan secara KALAH MATI.

ii. Pertandingan PUSINGAN PERTAMA sehingga AKHIR dijalankan secara PRO SET (8-0), 7-7 tie-break (first to reach 7).

iii. Sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, JK Teknikal akan membuat keputusan dan boleh menukar sistem pertandingan pada BILA-BILA MASA atau MANA-MANA PERINGKAT PERTANDINGAN.

iv. NO LET rule (ITF Junior Rule) akan diguna pakai sepanjang kejohanan berlangsung.

 

5. SEEDING / RANKING PEMAIN

i. Kedudukan pemain berdasarkan keputusan PUSINGAN AKHIR MSSPP 2019 sekiranya pemain tersebut masih berada dalam kategori peringkat umur yang sama.


6. BOLA

i. Setiap sekolah perlu menyediakan 1 tabung bola BARU (3 biji ) bagi setiap kategori pertandingan yang didaftarkan.

ii. Bola yang digunakan adalah DUNLOP FORT ELITE / ALL COURT

iii. Setiap sekolah perlu menyerahkan semua bola kepada urusetia sebelum bermula perlawanan dan boleh mengambil semula selepas tamat kejohanan. Pihak urusetia berhak menghalang peserta dari meneruskan perlawanan sekiranya syarat ini tidak dipatuhi. Walau bagaimanapun keputusan tersebut tertakluk pada budi bicara urusetia dan persetujuan pengurus pasukan pihak lawan.

 

7. KELEWATAN / MENARIK DIRI / MENYERAH KALAH

i. Setiap peserta akan bermain mengikut ORDER OF PLAY yang dikeluarkan oleh JK Teknikal pertandingan.

ii. Peserta diminta bersedia 30 minit sebelum perlawanan bermula.

iii. Nama peserta akan dipanggil sebelum acara dimulakan.

iv. Peserta perlu melapor diri kepada urusetia setelah nama dipanggil.

v. Sekiranya peserta tidak melaporkan diri 15 minit selepas kali PERTAMA nama dipanggil, kemenangan 8-0 akan diberikan kepada pihak lawan.

vi. Peserta yang menarik diri / menyerah kalah perlu memaklumkan kepada urusetia. Kemenangan 8-0 akan diberikan kepada pihak lawan.

 

8. PAKAIAN

i. Semua pakaian sukan adalah dibenarkan KECUALI baju tanpa lengan (SINGLET)

ii. Bagi kategori perempuan, pemakaian skirt wajib disertai dengan seluar dibahagian dalam.

iii. Pemain dilarang memakai pakaian mencolok mata.

iv. Pakaian sama warna digalakkan bagi acara beregu.

v. Pemain dikehendaki berpakaian sukan yang lengkap dan kemas, berseluar trek dan berkasut tutup semasa majlis penyampaian hadiah.

vi. Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab guru penasihat / pengurus pasukan bagi memastikan etika pakaian dipatuhi.

 

9. MENERIMA NASIHAT JURULATIH

i. SIDE COACHING tidak dibenarkan.

ii. JK Teknikal akan mengambil tindakan sekiranya ada bantahan dari pihak lawan / pengurus / guru penasihat sahaja (bukan dari kalangan ibubapa)

iii. Guru penasihat / pengurus pasukan dilarang masuk ke dalam gelanggang permainan.

 

10. GELANGGANG DAN PERALATAN

- Gelanggang tenis USM ( hard court ) akan digunakan sebagai gelanggang perlawanan.

 

11. PENGADIL DAN ROAMING UMPIRE

i. Hanya ROAMING UMPIRE sahaja disediakan oleh pihak penganjur dari pusingan AWAL hingga AKHIR. Sekiranya terdapat salah faham dalam perlawanan, pemain atau pengurus pasukan boleh memaklumkan kepada urusetia.

ii. Roaming Umpire bersedia bertugas hanya jika ada keperluan untuk berbuat demikian.

 

12. KECEDERAAN

i. Pemain yang cedera boleh mendapat rawatan dari pembantu perubatan yang dilantik oleh urusetia selama 3 minit.

ii. Pengurus pasukan / guru penasihat / ibubapa / pasangan beregu tidak dibenarkan merawat atau menyentuh peserta yang terlibat semasa dalam gelanggang. Sekiranya berlaku, pemain tersebut boleh disingkirkan dari permainan dan kemenangan akan diberikan kepada pemenang dengan kiraan 8-0.

iii. Jika pemain yang mendapat kecederaan kali KEDUA di bahagian atau anggota badan yang sama, permainan akan diberhentikan dan kemenangan akan diberikan kepada pihak lawan mengikut baki mata perlawanan tersebut.

iv. Jika pemain yang sama mendapat kecederaan dibahagian anggota badan yang lain, waktu rawatan kecederaan 3 minit akan diberikan seperti biasa.

v. Kekejangan otot (cramp) dikira sebagai “did not fit to play” dan tidak dikira sebagai kecederaan.

 

13. BANTAHAN

i. Bantahan hanya boleh dikemukakan oleh pengurus pasukan / guru penasihat sahaja secara bertulis atau bertaip.

ii. Surat bantahan perlu dikemukakan dalam masa 30 minit selepas perlawanan berakhir dan perlu diserahkan melalui urusetia berserta wang bantahan RM300. ( wang bantahan akan dipulangkan sekiranya bantahan diterima )

iii. Keputusan rayuan adalah muktamad.

iv. Bantahan hendaklah dikemukakan kepada :

 

JK RAYUAN TENIS MSSPP

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI PULAU PINANG

 

14. PEMILIHAN PEMAIN KE MSSM 2022

i. Kelayakan hanya kepada warganegara MALAYSIA sahaja. Rujuk peraturan am MSSPP.

ii. Hanya JOHAN, NAIB JOHAN dan TEMPAT KE-3 kategori PERSEORANGAN sahaja LAYAK mewakili Pulau Pinang ke MSSM 2022.

iii. Sekiranya terdapat BUKAN WARGANEGARA dalam perkara ii diatas, JK pemilihan akan memilih pemain pada kedudukan berikutnya untuk mewakili Pulau Pinang sebagai pengganti.

iv. Keputusan JK Pemilihan adalah MUKTAMAD.

 

15. JURI RAYUAN 

- Rujuk peraturan am MSSPP.

 

16. LEMBAGA TATATERTIB

- Rujuk peraturan am MSSPP.


17. PINDAAN DAN HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

- Bagi perkara-perkara yang tidak dinyatakan dalam undang-undang dan peraturan am MSSPP, JK Teknikal adalah berhak membuat keputusan dan segala keputusan adalah MUKTAMAD.

Popular posts from this blog

MAIN DRAW & ORDER OF PLAY